MAKAN CACING

MAKAN CACING 2

MAKAN CACING3

Sunday, May 11, 2008

JADUAL KURSUS TERBARU

KURSUS TERNAKAN CACING
( NIGHT CRAWLER, HARIMAU, MERAH )

PADA 31 MEI 2008,

HARI:SABTU

TEMPAT:DEWAN ALUMNI UTM SKUDAI

MASA:8.00pg-5.00pm

PROGRAM YANG DISEDIAKAN

MENGENAL PASTI SPESIS CACING,
PENYEDIAAN TEMPAT PEMBIAKAN,
SISTEM TERNAKAN DAN PENJAGAAN,
SISTEM PEMAKANAN,
PEMBIAYAAN PINJAMAN PROJEK
PASARAN,
PRAKTIKAL DI PUSAT TERNAK DAN BANYAK LAGI...

MAKLUMAT LANJUT
:013-7004748 EN ASRI
:013-7288218 EN JAMIL

dan boleh isi borang di dalam blog ini.

INFO TERBARU 1

Semalam kami berkesempatan mengadakan klinik ternakan cacing di Kg Oren anjuran Yayasan TEKUN Malaysia Cawangan Tebrau, alhamdulillah ramai peserta yang hadir untuk mendapatkan ilmu serta melihat sendiri cacing tanah yang boleh diternak. Rata-rata yang pertama kali melihat cacing tanah ini menyatakan cacing tanah ini sama bentuknya dengan cacing tanah yang mereka guna untuk memancing tetapi bila diperjelaskan tentang perbezaannya barulah mereka faham. Banyak persoalan yang telah dikemukakan oleh mereka lantaran minat mereka untuk menternak cacing tanah ini, baik dari segi pemasaran maupun kegunaan cacing itu sendiri.

Kami juga ingin berkongsi satu info yang diberikan oleh seorang peserta dimana beliau sebelum ini bekerja di sebuah kilang yang memproses minuman berjenama, beliau menyatakan bahawa " memang selama ini kami di kilang tersebut mencampurkan extrak cacing tanah yang di import dari luar negara ke dalam campuran minuman tersebut untuk membuatkan ia rasa enak, lelemak dan tahan lama ", apa jenama minuman tersebut ? Cari dan buat kajian sendiri, kalau dinyatakan di sini nanti ramai pula yang tak minum air tersebut, tapi air ni yang paling kami suka, he..............memang betul- betul sedap.