MAKAN CACING

MAKAN CACING 2

MAKAN CACING3

Wednesday, March 26, 2008

TERNAKAN CACING

Mari kita mengenal dahulu sejarah timbulnya penggunaan cacing ini untuk kehidupan manusia sebelum kita kenal sepenuhnya gelagat, tabiat dan juga penggunaannya bagi tujuan perubatan dan kosmetik.

Asal penggunaannya hanyalah untuk tujuan proses pelupusan sampah sarap di mana ia dinamakan Teknik Vermikultur. Vermi berasal daripada bahasa Latin bermaksud cacing. Vermikultur ialah proses pelupusan sampah sarap menggunakan cacing tanah untuk memakan sisa buangan organik pepejal dan menukarkannya kepada baja organik yang disebut vermikas atau najis cacing.

Kaedah vermikultur telah pun dijalankan di beberapa negara. Walau bagaimanapun, aktiviti ini terhad kepada beberapa kawasan sahaja dan belum dipraktikkan dengan begitu meluas.

Negara China misalnya menternak dan menggunakan cacing tanah dalam banyak bidang
perubatan tradisional, iaitu untuk bahan farmaseutikal dan kosmetik.

Di India terdapat beberapa kampung yang terletak di bahagian Selatan India mengamalkan vermikultur untuk membaja tanaman mereka.

Cuba pula merupakan sebuah negara yang menjadi mangsa sekatan ekonomi kerajaan Amerika Syarikat selepas perpecahan kerajaan Rusia. Cuba masih bertahan sebagai sebuah negara pertanian terutama dalam pengeluaran komoditi gula kerana kekurangan import baja
kimia telah dapat diatasi dengan penggunaan baja organik yang disediakan melalui teknik vermikultur.

Beberapa bandar di Kanada, Amerika Syarikat dan Australia menggunakan vermikultur untuk
melupus sisa buangan organik bandaran.

Di New Zealand, kaedah
vermikultur digunakan untuk memperbaiki hasil anggur yang digunakan untuk membuat wain.

Di Korea, teknik vermikultur telah digunakan oleh sebuah syarikat untuk menstabilkan sisa biopepejal najis manusia.

Oleh kerana potensi yang baik ini maka negara kita tidak harus ketinggalan dalam memperluaskan kajian dan penggunaan teknologi vermikultur ini. Saya difahamkan pihak UPM telahpun memulakan R & D bagi melihat secara lebih luas penggunaan cacing ini baik dalam bidang perubatan maupun kosmetik.

Rujukkan:UPM

No comments: